1. PENERIMAAN SYARAT DAN PERATURAN |
Laman web PanduCermat.org.my dimilik dan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Hak masuk dan penggunaan laman web ini diberikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Dengan mengggunakan PanduCermat.org.my, anda bersetuju diikat oleh syarat-syarat berikut, yang akan berkuatkuasa serta-merta dengan penggunaan pertama PanduCermat.org.my. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat dan peraturan berikut, sila jangan mendaftar untuk menggunakan servis, forum, papan mesej ataupun bahagian interaktif kami. Kegagalan mematuhi sebarang daripada syarat dan peraturan ini mungkin mengakibatkan kehilangan hak untuk menggunakan servis ini.
- Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju akan diikat oleh, dan akan mematuhi, syarat dan peraturan serta sebarang garis panduan yang kami akan laksanakan. Kementerian Pengangkutan Malaysia berhak memperbaharui syarat dan peraturan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda. Anda boleh membaca versi terkini syarat penggunaan dengan klik pada pautan hiperteks yang berada di bawah laman web kami.
|
2. SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN |
Kementerian Pengangkutan Malaysia mungkin menghentikan penggunaan laman web ini jika anda gagal mematuhi syarat-syarat penggunaan, atau jika anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut :
- Menggunakan laman web ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang;
- Menggunakan laman web ini untuk tujuan yang dilarang oleh syarat dan peraturan;
- Terlibat dalam kelakuan yang disifatkan membahayakan pengguna ataupun pihak lain, secara langsung ataupun tidak langsung;
- Melanggar sebarang undang-undang atau peraturan negeri asing, persekutuan, negeri atau tempatan;
- Menggunakan laman web dengan cara yang boleh melemahkan, mencacatkan, terlalu membebankan atau merosakkan sebarang pelayan Kementerian Pengangkutan Malaysia, ataupun mengganggu kelancaran penggunaan laman web ini oleh pihak lain;
- Cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke dalam laman web ini, akaun lain, sistem komputer ataupun rangkaian-rangkaian berhubung dengan sebarang pelayan Kementerian Pengangkutan Malaysia ataupun laman Web, melalui penggodaman, curi kata laluan ataupun cara lain. Tambahan pula, Kementerian Pengangkutan, mengikut budi bicaranya, berhak membatalkan akses penggunaan seseorang dengan memberi sebab ataupun tanpa memberi sebab, dengan notis terlebih dahaulu ataupun tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
|
3. PENDAFTARAN |
Bahagian-bahagian tertentu dalam laman web ini mungkin memerlukan pendaftaran. Anda dikehendaki menyediakan maklumat terkini yang lengkap dan tepat seperti yang ditera pada borang pendaftaran yang berkenaan. Anda bersetuju untuk mengemaskinikan data bila perlu, agar maklumatnya tepat dan terkini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memilih serta mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda dan nama pengguna anda. Kementerian Pengangkutan Malaysia tidak bertanggungjawab atas penggunaan kata laluan anda ataupun akaun anda oleh orang lain. |
4. PENGGUNAAN WWW.PANDUCERMAT.ORG.MY |
Laman Web ini serta perkhidmatannya adalah untuk kegunaan peribadi anda, kecuali bila dinyatakan sebaliknya. Anda bersetuju menggunakan laman web ini hanya untuk mengirim, menghantar dan menerima mesej serta bahan yang betul dan, bila bersesuaian, berkaitan dengan perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh penggunaan yang tidak mengikut tertib, anda berjanji tidak akan:
- Mengganggu, memburu, memfitnah, mendera, mengugut ataupun mencabul hak sah (contohnya hak privasi dan publisiti) pihak lain.
- Menghantar, muat naik ataupun mengedarkan sebarang bahan lucah, cabul, karut, berunsur fitnah atau tidak sesuai ataupun haram.
- Menggunakan laman web ini serta perkhidmatannya berkaitan dengan tinjauan, pertandingan, rafel, permainan, “skim piramid”, surat berangkai, e-mel merepek, spamming ataupun mesej duplikasi ataupun tidak diminta.
- Mengumpul atau menyimpan maklumat pengenalan peribadi pengguna lain untuk tujuan komersil ataupun jenayah.
- Membuat pelawaan seksual bagi pihak untuk ataupun kepada individu bawah umur ataupun membahayakan warga bawah umur dalam apa jua cara sekalipun.
- Menyamar sesiapun..
- Menggunakan alamat mengelirukan ataupun maklumat palsu.
- Muat naik, ataupun menyediakan fail yang mengandungi imej, foto, perisian, ataupun bahan lain yang dilindungi oleh undang-undang hakmilik intelektual, termasuk yang tanpa hakcipta terbatas ataupun undang-undang cap dagang (ataupun hak privasi atau publisiti) kecuali anda memilik atau pun mengawal hak tersebut ataupun telahpun mendapat kesemua kelulusan yang diperlukan.
- Menggunakan sebarang bahan ataupun maklumat, termasuk imej atau foto yang tidak terhad, yang didapatikan melalui laman web dengan cara yang mencabul hakmilik sesiapapun.
- Muat naik, mengirim, e-mel ataupun menyiarkan fail yang mengandungi virus, “Trojan Horse”, “worm”, “time bomb”, “trap doors”, fail tercemar, ataupun perisian sebegitu ataupun program yang boleh menjejaskan komputer atau harta orang lain, atau menjejaskan kualiti, prestasi atau fungsi laman web ini.
- Mengiklan ataupun menawarkan barangan ataupun perkhidmatan untuk tujuan perniagaan, kecuali jika perkhidmatan tersebut dikhaskan untuk mesej sebegitu.
- Membatas atau membendung pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati laman web ini.
- Menghapuskan ataupun memalsukan sebarang maklumat berhakcipta, seperti penghargaan pencipta, notis pengesahan ataupun notis sepatutnya ataupun designasi proprietari atau label sumber atau sumber perisian atau bahan lain yang dikandung dalam fail yang dimuat naik.
- Muat turun sebarang fail yang dikirim oleh pengguna lain yang anda sedar, ataupun sepatutnya tahu, bahawa ianya tidak boleh disalinkan, dipamerkan, dipentaskan, ataupun diedarkan dengan cara begitu.
- Melanggar sebarang kod kelakuan atau garis panduan yang mungkin dikenakan pada sebarang perkhidmatan tertentu
- Mengumpul maklumat mengenai orang lain, termasuk alamat e-mel.
- Melanggar undang-undang atau peraturan yang berkaitan, termasuk peraturan tanpa batasan yang diisytiharkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kementerian Pengangkutan Malaysia tidak dikehendaki mengawasi laman web ini. Akan tetapi, Kementerian Pengangkutan mempunyai hak untuk menilai semula dan mengeluarkan bahan yang dikirim kepada laman web ini mengikut budi bicaranya.
Mengikut budi bicaranya, Kementerian Pengangkutan Malaysia boleh menyediakan maklumat yang dianggap perlu ataupun patut untuk memenuhi syarat undang-undang, peraturan, proses perundangan ataupun permintaan kerajaan, ataupun menolak permintaan untuk mengirim, mengeluarkan ataupun menyunting sebarang bahan, biar sebahagian ataupun sepenuhnya. |
5. SYARAT PENGGUNAAN FOTO YANG DIHANTAR |
Dengan muat atas, mengirim, menghantar ataupun memberikan foto, gambar, imej ataupun apa jua kandungan termasuk yang tidak terbatas, grafik, video, data, teks, fail, pautan, perisian, muzik, bunyi, (“kandungan”) kepada PanduCermat.org.my anda akan memberi kebenaran untuk diikat oleh syarat penggunaan foto Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jika anda tidak setuju, jangan muat atas, mengirim, hantar ataupun menyumbangkan sebarang kandungan kepada PanduCermat.org.my
Kementerian Pengangkutan Malaysia tidak mempunyai hakmilik ke atas imej atau foto yang disumbangkan kepada laman web ini. Anda mengakui bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas penggunaan imej atau foto anda, dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kegiatan penggunaan, penerbitan ataupun penyalinan imej dan foto anda. Anda mengetepikan segala hak tindakan yang anda ada terhadap pihak kami berhubung dengan penggunaan, penerbitan atau penyalinan sedemikian.
Maka dengan itu anda dinasihatkan bahawa sebarang imej atu foto yang disumbangkan anda kepada laman web ini tertakluk kepada penilaian kami.
Kementerian Pengangkutan Malaysia, mengikut budi bicara pihaknya, memegang hak untuk melarang pameran ataupun mengeluarkan imej atau foto daripada laman web ini jika dianggap menimbulkan bantahan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia ataupun dianggap Kementerian Pengangkutan Malaysia melanggar undang-undang berkaitan.
Sebarang tanggapan pelanggaran undang-undang berhubung dengan pornografi kanak-kanak, penderaan kanak-kanak serta penderaan binatang akan dilaporkan kepada pihak berkuasa jika Kementerian Pengangkutan Malaysia berpendapat imej sebegitu melanggar undang-undang berkaitan.
Tanpa membatasi yang tertera di atas dalam apa jua bentuk pun, anda tidak dibenarkan mengirim, muat atas, e-mel atau menyiarkan, atau meminta muat atas melalui sebarang stor kepada laman web ini sebarang imej atau foto yang sifat kandungannya:-
- mengikut takrif Kementerian Pengangkutan Malaysia ia adalah menjelikkan, menyakitkan hati, berunsur fitnah, mendera, lucah, mengganggu, mengancam, mengugut, mengganggu, pornografik, bersifat seksual ataupun tidak sesuai untuk individu di bawah umur 18 tahun.
- yang melanggar undang-undang atau peraturan mana-mana tempat imej atau foto ini dipamerkan atau dimuat atas dari dan/atau ditontoni, dan/atau diterima, atau melanggar sebarang kod industri;
- yang merupakan bahan ataupun kandungan di bawah taklukan hak cipta yang digunakan tanpa kebenaran pemiliknya ataupun yang mencabuli hak milik intelektual seseorang individu;
- yang menurut pendapat Kementerian Pengangkutan Malaysia ia memberikan gambaran yang tidak baik terhadap laman web ini.
|