KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,077 kemalangan direkodkan pada hari ketiga Aidilfitri semalam dengan 10 orang dilaporkan terbunuh di jalan raya.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamza Taib berkata, korban terbaru semalam menjadikan jumlah mangsa kemalangan maut dalam Ops Sikap XIII setakat ini 147 orang sejak kempen dilancarkan pada 7 Oktober lalu.
Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan kematian tiga penunggang motosikal, pejalan kaki (3) dan masing-masing satu kematian dilaporkan melibatkan kereta, basikal, van dan teksi.
“Sebanyak 391 kes kemalangan berlaku di jalan Persekutuan diikuti jalan bandaran (301), jalan negeri (227), lebuh raya (106) dan jalan lain (52).
“Empat kematian dilaporkan di jalan persekutuan, jalan bandaran (3), jalan negeri (2) dan satu lagi kematian di lebuh raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, polis trafik mengeluarkan 8,353 saman, menjadikan jumlah saman sebanyak 81,059 sejak 7 Oktober lalu.