| 1. PENERIMAAN SYARAT DAN PERATURAN |
|
Laman
web PanduCermat.org.my dimilik dan dikendalikan oleh Kementerian
Pengangkutan Malaysia. Hak masuk dan penggunaan laman web ini diberikan
oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
- Dengan
mengggunakan PanduCermat.org.my, anda bersetuju diikat oleh
syarat-syarat berikut, yang akan berkuatkuasa serta-merta dengan
penggunaan pertama PanduCermat.org.my. Jika anda tidak bersetuju dengan
syarat dan peraturan berikut, sila jangan mendaftar untuk menggunakan
servis, forum, papan mesej ataupun bahagian interaktif kami. Kegagalan
mematuhi sebarang daripada syarat dan peraturan ini mungkin
mengakibatkan kehilangan hak untuk menggunakan servis ini.
- Dengan
menggunakan laman web ini, anda bersetuju akan diikat oleh, dan akan
mematuhi, syarat dan peraturan serta sebarang garis panduan yang kami
akan laksanakan. Kementerian Pengangkutan Malaysia berhak memperbaharui
syarat dan peraturan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada
anda. Anda boleh membaca versi terkini syarat penggunaan dengan klik
pada pautan hiperteks yang berada di bawah laman web kami.
|
| 2. SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN |
Kementerian Pengangkutan Malaysia mungkin menghentikan penggunaan laman web ini
jika anda gagal mematuhi syarat-syarat penggunaan, atau jika anda terlibat dalam
aktiviti-aktiviti berikut :
- Menggunakan laman web ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang;
- Menggunakan laman web ini untuk tujuan yang dilarang oleh syarat dan peraturan;
- Terlibat dalam kelakuan yang disifatkan membahayakan pengguna ataupun pihak lain, secara langsung ataupun tidak langsung;
- Melanggar sebarang undang-undang atau peraturan negeri asing, persekutuan, negeri atau tempatan;
- Menggunakan
laman web dengan cara yang boleh melemahkan, mencacatkan, terlalu
membebankan atau merosakkan sebarang pelayan Kementerian Pengangkutan
Malaysia, ataupun mengganggu kelancaran penggunaan laman web ini oleh
pihak lain;
- Cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran
ke dalam laman web ini, akaun lain, sistem komputer ataupun
rangkaian-rangkaian berhubung dengan sebarang pelayan Kementerian
Pengangkutan Malaysia ataupun laman Web, melalui penggodaman, curi kata
laluan ataupun cara lain. Tambahan pula, Kementerian Pengangkutan,
mengikut budi bicaranya, berhak membatalkan akses penggunaan seseorang
dengan memberi sebab ataupun tanpa memberi sebab, dengan notis terlebih
dahaulu ataupun tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
|
| 3. PENDAFTARAN |
|
Bahagian-bahagian
tertentu dalam laman web ini mungkin memerlukan pendaftaran. Anda
dikehendaki menyediakan maklumat terkini yang lengkap dan tepat seperti
yang ditera pada borang pendaftaran yang berkenaan. Anda bersetuju
untuk mengemaskinikan data bila perlu, agar maklumatnya tepat dan
terkini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memilih serta
mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda dan nama pengguna anda.
Kementerian Pengangkutan Malaysia tidak bertanggungjawab atas
penggunaan kata laluan anda ataupun akaun anda oleh orang lain.
|
| 4. PENGGUNAAN WWW.PANDUCERMAT.ORG.MY |
Laman Web ini serta perkhidmatannya adalah untuk kegunaan peribadi anda, kecuali
bila dinyatakan sebaliknya. Anda bersetuju menggunakan laman web ini hanya untuk
mengirim, menghantar dan menerima mesej serta bahan yang betul dan, bila
bersesuaian, berkaitan dengan perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh penggunaan
yang tidak mengikut tertib, anda berjanji tidak akan:
- Mengganggu, memburu, memfitnah, mendera, mengugut ataupun mencabul hak sah (contohnya hak privasi dan publisiti) pihak lain.
- Menghantar, muat naik ataupun mengedarkan sebarang bahan lucah, cabul, karut, berunsur fitnah atau tidak sesuai ataupun haram.
- Menggunakan
laman web ini serta perkhidmatannya berkaitan dengan tinjauan,
pertandingan, rafel, permainan, "skim piramid", surat berangkai, e-mel
merepek, spamming ataupun mesej duplikasi ataupun tidak diminta.
- Mengumpul atau menyimpan maklumat pengenalan peribadi pengguna lain untuk tujuan komersil ataupun jenayah.
- Membuat
pelawaan seksual bagi pihak untuk ataupun kepada individu bawah umur
ataupun membahayakan warga bawah umur dalam apa jua cara sekalipun.
- Menyamar sesiapun..
- Menggunakan alamat mengelirukan ataupun maklumat palsu.
- Muat
naik, ataupun menyediakan fail yang mengandungi imej, foto, perisian,
ataupun bahan lain yang dilindungi oleh undang-undang hakmilik
intelektual, termasuk yang tanpa hakcipta terbatas ataupun
undang-undang cap dagang (ataupun hak privasi atau publisiti) kecuali
anda memilik atau pun mengawal hak tersebut ataupun telahpun mendapat
kesemua kelulusan yang diperlukan.
- Menggunakan
sebarang bahan ataupun maklumat, termasuk imej atau foto yang tidak
terhad, yang didapatikan melalui laman web dengan cara yang mencabul
hakmilik sesiapapun.
- Muat naik, mengirim, e-mel
ataupun menyiarkan fail yang mengandungi virus, "Trojan Horse", "worm",
"time bomb", "trap doors", fail tercemar, ataupun perisian sebegitu
ataupun program yang boleh menjejaskan komputer atau harta orang lain,
atau menjejaskan kualiti, prestasi atau fungsi laman web ini.
- Mengiklan
ataupun menawarkan barangan ataupun perkhidmatan untuk tujuan
perniagaan, kecuali jika perkhidmatan tersebut dikhaskan untuk mesej
sebegitu.
- Membatas atau membendung pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati laman web ini.
- Menghapuskan
ataupun memalsukan sebarang maklumat berhakcipta, seperti penghargaan
pencipta, notis pengesahan ataupun notis sepatutnya ataupun designasi
proprietari atau label sumber atau sumber perisian atau bahan lain yang
dikandung dalam fail yang dimuat naik.
- Muat turun
sebarang fail yang dikirim oleh pengguna lain yang anda sedar, ataupun
sepatutnya tahu, bahawa ianya tidak boleh disalinkan, dipamerkan,
dipentaskan, ataupun diedarkan dengan cara begitu.
- Melanggar sebarang kod kelakuan atau garis panduan yang mungkin dikenakan pada sebarang perkhidmatan tertentu
- Mengumpul maklumat mengenai orang lain, termasuk alamat e-mel.
- Melanggar
undang-undang atau peraturan yang berkaitan, termasuk peraturan tanpa
batasan yang diisytiharkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kementerian
Pengangkutan Malaysia tidak dikehendaki mengawasi laman web ini. Akan
tetapi, Kementerian Pengangkutan mempunyai hak untuk menilai semula dan
mengeluarkan bahan yang dikirim kepada laman web ini mengikut budi
bicaranya.
Mengikut budi
bicaranya, Kementerian Pengangkutan Malaysia boleh menyediakan maklumat
yang dianggap perlu ataupun patut untuk memenuhi syarat undang-undang,
peraturan, proses perundangan ataupun permintaan kerajaan, ataupun
menolak permintaan untuk mengirim, mengeluarkan ataupun menyunting
sebarang bahan, biar sebahagian ataupun sepenuhnya.
|
| 5. SYARAT PENGGUNAAN FOTO YANG DIHANTAR |
|
Dengan muat atas, mengirim, menghantar ataupun memberikan foto,
gambar, imej ataupun apa jua kandungan termasuk yang tidak terbatas,
grafik, video, data, teks, fail, pautan, perisian, muzik, bunyi,
("kandungan") kepada PanduCermat.org.my anda akan memberi kebenaran
untuk diikat oleh syarat penggunaan foto Kementerian Pengangkutan
Malaysia. Jika anda tidak setuju, jangan muat atas, mengirim, hantar
ataupun menyumbangkan sebarang kandungan kepada PanduCermat.org.my
Kementerian
Pengangkutan Malaysia tidak mempunyai hakmilik ke atas imej atau foto
yang disumbangkan kepada laman web ini. Anda mengakui bahawa
Kementerian Pengangkutan Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas
penggunaan imej atau foto anda, dan tidak boleh dipertanggungjawabkan
untuk sebarang kegiatan penggunaan, penerbitan ataupun penyalinan imej
dan foto anda. Anda mengetepikan segala hak tindakan yang anda ada
terhadap pihak kami berhubung dengan penggunaan, penerbitan atau
penyalinan sedemikian.
Maka dengan itu anda
dinasihatkan bahawa sebarang imej atu foto yang disumbangkan anda
kepada laman web ini tertakluk kepada penilaian kami.
Kementerian
Pengangkutan Malaysia, mengikut budi bicara pihaknya, memegang hak
untuk melarang pameran ataupun mengeluarkan imej atau foto daripada
laman web ini jika dianggap menimbulkan bantahan daripada Kementerian
Pengangkutan Malaysia ataupun dianggap Kementerian Pengangkutan
Malaysia melanggar undang-undang berkaitan.
Sebarang
tanggapan pelanggaran undang-undang berhubung dengan pornografi
kanak-kanak, penderaan kanak-kanak serta penderaan binatang akan
dilaporkan kepada pihak berkuasa jika Kementerian Pengangkutan Malaysia
berpendapat imej sebegitu melanggar undang-undang berkaitan.
Tanpa
membatasi yang tertera di atas dalam apa jua bentuk pun, anda tidak
dibenarkan mengirim, muat atas, e-mel atau menyiarkan, atau meminta
muat atas melalui sebarang stor kepada laman web ini sebarang imej atau
foto yang sifat kandungannya:-
- mengikut
takrif Kementerian Pengangkutan Malaysia ia adalah menjelikkan,
menyakitkan hati, berunsur fitnah, mendera, lucah, mengganggu,
mengancam, mengugut, mengganggu, pornografik, bersifat seksual ataupun
tidak sesuai untuk individu di bawah umur 18 tahun.
- yang
melanggar undang-undang atau peraturan mana-mana tempat imej atau foto
ini dipamerkan atau dimuat atas dari dan/atau ditontoni, dan/atau
diterima, atau melanggar sebarang kod industri;
- yang
merupakan bahan ataupun kandungan di bawah taklukan hak cipta yang
digunakan tanpa kebenaran pemiliknya ataupun yang mencabuli hak milik
intelektual seseorang individu;
- yang menurut pendapat Kementerian Pengangkutan Malaysia ia memberikan gambaran yang tidak baik terhadap laman web ini.
|