Choose language : English Version
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kami
berterima kasih di atas sokongan yang telah anda berikan kepada semua
Pameran Keselamatan Jalan Raya 2007 yang telah diadakan di seluruh
negara.
Sila berikan maklum balas atau cadangan kepada webmaster@jkjr.gov.my Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) Negeri Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu , Kelantan dan Sabah akan menganjurkan Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2007 peringkat ke-2 bermula 17 Mei sehingga 19 Ogos 2007 di lokasi seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Matlamat utama pameran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta menggalakkan penglibatan dan penyertaan orang ramai tentang kepentingan keselamatan jalan raya. Pameran ini juga merupakan usaha atau kempen berterusan pihak kerajaan dalam usaha menangani isu-isu keselamatan jalan raya di negara kita demi usaha mencapai matlamat di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 - 2010 yang mensasarkan pengurangan 50% kadar kemalangan. Pameran bergerak ini meliputi 4 sudut dan para pengunjung boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti yang disediakan selain memperolehi pelbagai maklumat tentang keselamatan jalan raya.
Di samping itu terdapat juga ruang di mana orang ramai boleh melayari laman web JKJR di www.panducermat.org.my secara percuma untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta mencuba pelbagai bentuk permainan berkaitan keselamatan jalan raya untuk semua peringkat umur. Pelbagai bentuk permainan serta kuiz berkaitan keselamatan jalan raya juga disediakan sepanjang tempoh pameran dan orang ramai boleh memenangi pelbagai hadiah yang disediakan. Sokongan, penglibatan dan penyertaan orang ramai dalam aktiviti-aktiviti keselamatan jalan raya amat diperlukan bagi meningkatkan kesedaran agar dapat mengubah sikap ketika berada di jalan raya dengan mengamalkan pemanduan berhemah, berdisiplin dan mematuhi peraturan jalan raya. "KESELAMATAN JALAN RAYA KOMITMEN BERSAMA"
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||



























