Choose language : English Version
|
Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidil Fitri 2005 |
|
|
Kata-kata Aluan
|
|
|
Berdasarkan kejayaan menurunkan kadar kematian sehari yang dicatatkan semasa musim perayaan Deeapavali dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2004, bertemakan 'Penggunaan Pengangkutan Awam mengurangkan Kemalangan' dan Drive Safe, Ride Safe and Walk Safe', Kerajaan akan menerus dan mempelbagaikan kempen keselamatan jalan raya di musim perayaan pada tahun ini . Pada kempen musim perayaan yang sama pada tahun 2004, jumlah kematian sehari telah berjaya diturunkan kepada 12.5 kematian sehari berbanding 17 kematian sehari pada hari-hari biasa. Penurunan ini berjaya dikecapi walaupun jumlah kenderaan di jalan raya meningkat empat kali ganda pada hari-hari tersebut berbanding hari-hari biasa. Sehubungan itu, adalah wajar tindakan-tindakan penguatkuasaan dan kempen-kempen keselamatan jalan raya seperti larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada hari-hari tertentu, operasi bersepadu penguatkuasaan, pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan, pemeriksaan ke atas bas ekspres, peningkatan mesej keselamatan jalan raya melalui saluran TV, radio dan akhbar, galakan menggunakan pengangkutan awam serta kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak swasta akan diteruskan bagi mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya. Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa bersopan di jalan raya. Sekian, terima kasih. ( YB DATO' SRI CHAN KONG CHOY ) Menteri Pengangkutan Malaysia
|
|
|
|
|



























