Choose language : English Version
Pada hari ini satu permulaan bagi kerjasama erat akan diadakan antara LONPAC Insurance Bhd dengan kerjasama pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan keselamatan Jalan Raya Malaysia. LONPAC merupakan sebuah agensi bukan kerajaan yang cuba membantu kerajaan dalam usaha menggalakkan budaya berhemah kepada pengguna-pengguna jalan raya. Kesedaran tentang peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya menggalakkan LONPAC untuk turut serta dalam memikul tanggungjawab ini sebagai peneraju Kempen Musim Perayaan sempena Tahun Baru Cina 2010.
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pertengahan bulan Februari oleh rakyat Malaysia khususnya bangsa Cina, LONPAC menawarkan insurans perlindungan peribadi secara percuma lebih RM10 000 kepada pengguna jalan raya yang berusia 17 hingga 65 tahun selain bekerjasama dengan JKJR dalam mengadakan kempen keselamatan jalan raya khususnya di kawasan Lembah Kelang.
Selain daripada itu, matlamat utama kempen ini adalah bagi mengingatkan pengguna-pengguna jalan raya tentang budaya pemanduan berhemah dengan cara menerapkan petua-petua keselamatan jalan raya dalam diri masing-masing. Antara dua komponen penting dalam program ini adalah:
Program ini adalah satu pendekatan yang baik oleh syarikat swasta di bawah projek Community Based Programme keselamatan jalan raya. Dengan kerjasama ini, harapan untuk mencapai matlamat Zero Fatality Vision akan tercapai.
‘BUCKLE – UP, IT’S THE LAW’
‘SATU MALAYSIA SELAMAT, WAWASAN KITA BERSAMA’
‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA’
21 Januari 2010
www.jkjr.gov.my/www.panducermat.org.my











