Main Page » Media/Press Room » Press Releases » JKJR BERSAMA RAKAN KONGSI PERHEBATKAN KEMPEN ADVOKASI KEUTAMAAN SISTEM BREK DAN JARAK BERHENTI SELAMAT BAGI KENDERAAN MENGIKUT KELAJUAN

JKJR BERSAMA RAKAN KONGSI PERHEBATKAN KEMPEN ADVOKASI KEUTAMAAN SISTEM BREK DAN JARAK BERHENTI SELAMAT BAGI KENDERAAN MENGIKUT KELAJUAN

 

Kempen advokasi yang berlangsung pada hari ini, bertempat di Kompleks Membeli Belah The Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur memfokuskan kepada keutamaan penjagaan sistem brek dan jarak berhenti selamat bagi kenderaan mengikut kelajuan.

Maka para pengguna kenderaan haruslah memastikan sistem brek sentiasa berada pada tahap terbaik dan stabil, iaitu melalui penjagaan sistem brek dan pemilihan jenis komponen brek yang sesuai bagi mengelakkan kegagalan sistem brek berfungsi dengan baik yang boleh memyebabkan berlakunya kemalangan. (Maklumat Sistem Brek Dilampirkan)

Dalam pada itu para pemandu kenderaan juga haruslah sentiasa peka terhadap jarak berhenti yang selamat bagi kenderaan mengikut kelajuan tertentu. Iaitu cara pemanduan yang selamat ketika hendak memberhentikan kenderaan (menekan brek)berdasarkan kelajuan (km/j) tertentu. (maklumat Jarak Berhenti Bagi Kenderaan Mengikut Kelajuan tertentu dilampirkan).

 

Pengenalan Brek ABS

Anti-Lock Braking System (ABS) adalah satu peralatan kelengkapan permotoran pada kereta yang mana sistem keselamatan asas untuk memastikan keempat-empat tayar berhenti serentak apabila menekan brek dalam situasi biasa atau kecemasan.

 

Fungsi Brek ABS

Ia bertujuan untuk mengelak daripada mana-mana tayar terkunci atau terhenti lebih awal yang boleh mendorong kenderaan itu berpusing atau terbabas. Ia juga berfungsi menahan tayar daripada terkunci ketika brek ditekan dengan kuat apabila berlaku kecemasan. Secara tidak langsung keadaan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau kerosakan pada kenderaan sekiranya terbabas.

 

Penyelenggaraan sistem brek dan bendalir brek

 

Sistem brek dan bendalir brek perlu diselenggara setiap 20 ribu kilometer perjalanan atau setahun sekali atau yang mana terdahulu atau mengikut buku panduan pengeluaran kenderaan. Bendalir brek (minyak brek) adalah sejenis cecair yang terdapat dalam sistem saluran brek bertujuan memberi tekanan pada sistem brek apabila pedal brek ditekan. Tekanan ini berfungsi mengapit cakera brek dan gelendong brek dengan berkesan untuk memberhentikan kenderaan.

 

Punca brek mengeluarkan bunyi

Brek kadangkala mengeluarkan bunyi adalah berpunca daripada :-

1-    Penggunaan pelapik brek yang telah mencapai tahap haus (semakin nipis).

2-    Pin sesentuh amaran telah menyentuh cakera brek ( brake disc) yang semakin haus.

3-    Besi pelapik brek menyentuh cakera brek (apabila pelapik brek sudah habis).

4-    Sistem brek tidak diselenggara dengan betul.

5-    Penggunaan pelapik brek yang tidak menepati piawaian pengeluar kenderaan.

6-    Cakera brek telah mencapai tahap kehausan (semakin nipis) atau kehausan tidak sekata.

 

Viagra | Adderall | Viagra Online | Levitra | Free Viagra | Cheap Viagra